Lagenda kelahiran Hasyim bin Abd Manaf

Ahli hagiograf Islam memberikan riwayat eksotik mengenai kelahiran Hasyim. Ada yang menganggapnya sebagai sesuatu yang sangat berdarah dan kejam. Riwayat ini menyatakan bahawa Hasyim dan 'Abd Syams merupakan kembar siam yang dilahirkan dengan kaki Hasyim melekat pada kepala saudara kembarnya. Ia mengatakan bahawa mereka telah bergelut dalam rahim ibu mereka untuk menjadi anak sulung. Kelahiran mereka dikenang kerana Hashim dilahirkan dengan sebelah jari kaki ditekan ke dahi adik kembar itu.[1] Legenda mengatakan bahawa bapa mereka, Abd Manaf bin Qusai, memisahkan anak lelaki siamnya dengan pedang, dan beberapa orang alim percaya bahawa darah yang mengalir di antara mereka menandakan peperangan antara keturunan mereka (konfrontasi memang berlaku antara Bani Abbas dan Bani Umayyah bin 'Abd Shams pada tahun 750 M).[2] Ahli nujum Arab meramalkan bahawa Abd Manaf telah melakukan kesalahan besar apabila memisahkan kedua-duanya dengan menggunakan pedang. Apa yang telah dilakukannya tidak dianggap oleh mereka sebagai petanda yang baik.[3]

Rujukan

WikiPedia: Hasyim bin Abd Manaf http://www.thisweekinpalestine.com/details.php?id=... http://www.ruqaiyyah.karoo.net/articles/prophfamil... http://www.fikreraza.org/books/books/manifestation... https://books.google.com/books?id=IW-kDAAAQBAJ&q=i... https://d-nb.info/gnd/1174612517 https://www.al-islam.org/the-message-ayatullah-jaf... https://web.archive.org/web/20080530213146/http://... https://web.archive.org/web/20150924012711/http://... https://viaf.org/viaf/2041154688471548380005 https://www.wikidata.org/wiki/Q553241#identifiers